Baca Dan Komen
1.Tahukah
anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2.
Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220
km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j
sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar
dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang
budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah
sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya.
Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila
cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan
ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor
sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah
Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun
ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang
kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan
masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik
di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga
bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang
Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika
nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu
tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan
sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan
itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
hehe ;-) Sumber ni aku dpt dr Yana Samsudin.. Nombor Berapa yg plg anda suka?
1 ulasan:
no 13 hehe
Catat Ulasan