Halaman

Iklan Free-Klik la yerr..

Photobucket

Ahad, 11 Disember 2011

Bantuan Rakyat 1 Malaysia DAP



Hebat cetusan idea daripada PM DS Najib Tun Razak. Seluruh Malaysia beberapa hari ini memperkatakan tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Malah ada ahli-ahli parlimen dan DUN pembangkang turut mempromosikan produk BR1M. Antaranya ialah YB Wong Ho Leng iaitu MP Sibu dan ADUN Bukit Assek,  yang turut mempromosikan di laman sosial Twitter. Tahniah YB. Yang baik katakan baik, ye tak? Seperti pepatah English, "give credit when its due."

CTS mendapat tahu, juak-juak Pakatan Haram antara orang yang pertama turun mendapatkan borang. Yang kita tahu, seminggu sebelum borang BR1M dikeluarkan, juak-juak inilah yang paling lantang mengutuk Kerjaan BN di kedai kopi. Apabila borang BR1M dikeluarkan pada 10 Disember, depa la orang pertama yang datang, merebut dan mengisi borang tersebut. Ibarat seperti meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri, juak-juak pembangkang ini malu-malu khinzir. Mereka tahu produk bantuan ilham Perdana Menteri amat bermanafaat buat kesemua Rakyat Marhaen di Malaysia.

Buat juak-juak penyokong Pakatan Haram, jangan malu dan jangan segan. Bagi yang berkelayakan silalah isi borang. UMNO/BN telah, sedang dan akan berkhidmat untuk Rakyat tanpa mengira fahaman politik. Seperti tema dan slogan kempen terbaru Chegubard, A.B.U bukan "Asal Bukan UMNO" tetapi "Allah Bersama UMNO/BN".

Sumber Dari : http://khairulryezal.blogspot.com/

Terima Kasih

Jumaat, 9 Disember 2011

Baca Dan Komen

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
hehe ;-) Sumber ni aku dpt dr Yana Samsudin.. Nombor Berapa yg plg anda suka?

Kena Sembelih kt Tol Plus -Sumber Carigold Forum

PLUS RONDA


Kena Sembelih kt Tol Plus -Sumber ni aku ambik kt Carigold Forum. Ni hanyalah Untuk kita berjaga²..Tggu Sampai lori PLUS dtg ye..
Moral Utk Semua..Layanzz... ;-)

ARTIKEL ini merupakan pengalaman sebenar blogger penarik beca @ Pak Bakar, mohon sebar jika dirasakan ada manfaat.

Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat Allah s.w.t. ke atas mereka.

Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit Senawang.

Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine.

Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju

Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.

Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.

Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.

Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la, pacik..."

Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.

Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."

Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.

Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!

Kawan² Lain ada pengalaman? Tulis skt.. Thanks ;-)

Rabu, 7 Disember 2011

Model bikini kena marah


Ni Dia...dia ni bukan main xpuas hati lagi awek dia masuk pertandingan berbikini..hahaha..;-)
Rancangan ni pasal Model lelaki dan perempuan berpakaian mandi kt China yang boleh dikatakan top la..
Ramai peminat kt sana..

Baru ja host nak perkenalkan peserta tiba² dtg seorang balak (boyfriend) salah sorang peserta perempuan.
Dgn begitu marah dia memaki hamun (tp xfaham la) awek dia..
Ada gak yg nak tunjuk hero tapi tak berapa nak berani, mungkin alasan dia tak mau kacau rumah tangga org kot..hehe..

Layan je la video ni... Kalau ada apa nak ckp, komen2 la skt..Thanks ;-)

Harimau Malaya

Tetap Di Hati


Ni pasal bola kita yang kalah haritu..
Mmg ramai tak puas hati..ye la, dah semngat nak meraikan kemenangan 2-0, Bahrain 10 orang je main..
Tiba² malapetaka melanda...Haduiii...
Mmg berjuta Rakyat Malaysia tak puas ati..
Tapi apakan daya...Adat permainan orang selalu kata...ermm...

Dalam Soal ni sapa yang ptt dipersalahkan? Coach xsalah, Penyokong xsalah, pengadil xsalah...
Player je la..sb keadaan berubah atas kelalaian..

Apapun Harimau Malaya ttp dihati..takkan time mng je nk sokong..kan?
Anda cmne?kasi komen sikit nk dgr..thanks.. ;-)


Website/Blog Hiburan atau Gosip

Website / Blog Hiburan


'Jangan Kau Pandang Bibir Yang Manis,
Kerna Dia Bisa Menghancurkan,
Jangan Kau Pandang Wajah Yang Indah,
Kerna Dia Bisa Merancunmu'

Ni pulak pasal ketidak puasan hati aku tentang banyak sangat blog yang nak cerita hal-hal Artis..
Banyak tu tak kisah sebab rezeki masing² samada blog tu laris ke tak, tapi yang jadi masalahnya semua nak hampir sama je.

Tak payah la aku sebut setiap blog² tu..Faham² je la...Lagi satu ada satu website / blog yang buat cerita pasal artis ni yang paling aku benci tau tak sebab ape? sebab ni ha...

1) Artis yang dia suka dia puji melambung² walaupun artis tu sebenarnya xde la berapa nak baik.
2) Artis yang dia tak minat bukan main dia hentam. Nak buat cerita ke ape ke..buat je la..jgn nak pilih bulu..biar pembaca niilai sendiri..
3) Nak masukkan plak bab politik..Artikel plak kdg² ada berbau Politik yang menunjukkan dia tak suka parti politik tu..'Come On bro'..

Ada lg tapi takde idea nak tulis..hehe..Korang pun boleh menilai kot...
Tapi bukan semua la yang aku maksudkan, ade gak yg OK..(cover la sikit,nanti ade plak org xpuas hati ;-) )

Korang rasa patut ke aku tak puas hati bab ni..Komen skt.. Thanks..

Selasa, 6 Disember 2011

Fauziah Ahmad Daud (Ogy) nak Saman Johan



Ni benda yang pertama aku tak puas hati untuk aku menulis dalam blog ni..
Bukan apa..Malam tu aku mmg terhibur la dengan kelaku(tingkah laku) diorang ni kt FFM..
Johan macam biasa la..Lawak dia tak pernah menghampakan..Digandingkan pulak dengan Ogy yang gila-gila sikit tu..Tup-tup Ogy boleh tak puas hati dan terus nak saman Johan. Apa kes ni..Agak-agak la..Dulu si Ogy ni bukan laser lagi mulut dia...berapa ramai artis nak saman dia..Ni baru melawak sikit dah nak saman orang..

Bukan tak tau perangai Johan tu macam mana..Ogy tu pun terkinja-kinja kt stage malam tu..
Hadoii..Marah betul aku first time dengar cerita Ogy nak saman ni..Macam bodoh pn ada..Nak popular balik dengan cara saman menyaman ni ke?

Dah banyak artikel pasal benda ni..Tapi aku tulis lagi.. ;-) Sebab aku tau berjuta lagi orang tak puas hati.
Apapun rilek Johan, Kalau dia saman silap la dia..Dicemuh oleh masyarakat nanti..
Ewahh..ayat tu.. ;-)